Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kecederaan pemain Sabah resahkan Jelius

Jurulatih Sabah, Jelius Ating (dua dari kanan) bersama pemain menjalani latihan sebelum perlawanan menentang Selangor malam esok. Gambar SNT/Ehsan Raymond Henry Gusi

KOTA KINABALU: Keadaan beberapa pemain Sabah yang masih belum cergas 100 peratus bagi menghadapi saingan kumpulan D Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada Selasa ini meresahkan pasukan itu.

Menurut Ketua Jurulatihnya, Jelius Ating, antara yang masih belum pulih ialah penyerang, Rahman Shah yang menjaringkan gol pertama Sabah semasa menewaskan The Red Giants 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada minggu lalu.

“Namun, saya agak lega kerana Rahman dan beberapa lagi pemain yang belum cergas dapat menyertai sesi latihan kami di Stadium Likas pada petang tadi.

“Yang penting saya dapat melihat ada peluang untuk pemain ini sembuh dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan lutut sebelum kami beraksi menentang Selangor.

“Ini memandangkan kecederaan yang dialami tidak terlalu serius,” katanya kepada Sabah News Today.

Sabah akan bertolak ke Selangor esok bagi menghadapi perlawanan keempat Kumpulan D Piala Malaysia dengan membawa misi mengekalkan rekod tanpa kalah dihadapan penyokong lawan di Stadium Shah Alam nanti.

Jelius Ating. Gambar SNT/Ehsan Raymond Henry Gusi

Jelius menambah, dia juga sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Dalam pada itu katanya, Sabah masih belum berada dalam zon selesa meskipun peluang untuk ke suku akhir Piala Malaysia seakan berada dalam genggaman selepas Pahang dan PKNP FC sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur semalam.

“Kalau kita lihat kedudukan sekarang, peluang masih terbuka di antara Sabah, Pahang dan PKNP. Oleh itu, kita perlu menang lawan Selangor.

“Andai kita menang, kita cuma perlukan sekurang-kurangnya seri dalam baki dua lagi perlawanan termasuk menentang Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 16 September,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan