Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebenaran menjaja sementara di Teluk Likas sempena Sambutan Tahun Baru

3:37pm 29/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 166 views Tempatan
Datuk Abidin Madingkir

Datuk Abidin Madingkir

KOTA KINABALU: Sebanyak 50 buah khemah untuk menjaja sementara khas di Tanjung Lipat akan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 31 Disember 2015.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata pada tahun ini DBKK akan membenarkan 30 kemah menjaja sementara di Plaza berdekatan Bulatan Masjid Bandaraya, manakala 20 lagi khemah dibenarkan di kawasan lapang berdekatan permainan kanak-kanak.

Penjaja yang berdaftar perlu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan termasuklah menjual makanan atau minuman yang sudah siap, menjaja di lot yang telah ditandakan oleh DBKK, saiz khemah haruslah berukuran 10′ x 10′, para penjaja dilarang menjaja di sepanjang laluan pejalan kaki/ basikal dan dalam taman, sampah dan sisa makanan hendaklah dibersihkan sepanjang waktu menjaja serta para penjaja tidak boleh meninggalkan sebarang alatan menjaja di lokasi menjaja.

Tegas Madingkir, penjaja yang menjaja di luar kawasan yang dikhaskan adalah dianggap penjaja haram dan tindakan tegas akan diambil oleh pihak penguatkuasa DBKK ke atas mereka, termasuklah merampas barangan jualan dan dikenakan kompaun untuk kesalahan tersebut.

Penjaja yang berminat untuk mendapatkan Lesen Menjaja Sementara, boleh mendaftar di Bahagian Pengurusan Penjaja dan Pasar, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, DBKK, Tingkat 7, Centrepoint sebelum 31 Disember 2015 (Khamis). -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan