Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,685

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebebasan Bersuara Bukan Lesen Kutuk, Hina Institusi Pentadbiran Negara – Salleh

3:31pm 19/02/2016 Pak Roshan 214 views Mutakhir,Nasional
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat negara ini bebas untuk berbeza pandangan tetapi tidak bebas untuk mengutuk dan menghina pemimpin serta institusi pentadbiran negara.

Beliau berkata rakyat seharusnya tidak mengamalkan budaya bertentangan dengan amalan demokrasi negara terutama perbuatan mencengkam sistem pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media sosial.

“Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, bebas memberi ruang untuk rakyatnya berbeza pendapat tetapi kita tidak boleh bebas menghina dan mengutuk pemimpin serta institusi Perdana Menteri (pentadbiran negara).

“Demokrasi meraikan perbezaan pandangan tetapi tindakan menghina dan memfitnah bukan budaya dan amalan masyarakat di negara ini,” katanya ketika berucap melancarkan buku ‘If A Cat Had Nine Lives – The Legacy of Najib Razak’ sempena memperingati 40 tahun Perdana Menteri berkecimpung dalam politik di sini, hari ini.

Salleh berkata terdapat banyak persepsi berbanding realiti dalam persekitaran khususnya menerusi media sosial yang berleluasa memerlukan tindakan drastik diambil bagi mengurangkan atau menghentikan impak negatif ke atas masyarakat.

“Dalam konteks itu, kita bercakap tentang keperluan untuk mengubah daripada keadaan yang lebih politiking, menjawab tuduhan dan dakwaan tidak berasas yang dilemparkan tanpa henti terhadap pentadbiran perdana menteri,” katanya.

Salleh berkata perkara itu tidak boleh biarkan berterusan.

“Kita mempunyai hak memberi pandangan dan pendapat tetapi kita harus ingat hak untuk menghancurkan negara adalah salah.

“Kita ada ‘freedom of speech’ tetapi kita tidak ada ‘freedom to destroy’ kerana kita membentuk negara kita sebagai sebuah negara merdeka dan rakyatnya menikmati hidup yang aman,” katanya.

Mengenai buku tulisan Ismail Noor yang menggunakan nama pena Ron Liamsi, Salleh menyifatkan buku genre bukan fiksyen yang ditulis dalam bentuk satira itu seharusnya dibaca oleh semua lapisan masyarakat bagi membuka minda mengenai isu masa kini.

Penulisan dalam bentuk satira bertujuan menarik perhatian pembaca terhadap isu tertentu yang membelenggu masyarakat termasuk sosial, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan