Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebal ular

9:58am 23/01/2016 Pak Roshan 451 views Global
FRIEDE menunjukkan darah yang mengalir pada lengannya selepas membenarkan ular mematuknya, baru-baru ini. Gambar kecil, ular mamba hitam mematuknya untuk menunjukkan kekebalannya.

FRIEDE menunjukkan darah yang mengalir pada lengannya selepas membenarkan ular mematuknya, baru-baru ini. Gambar kecil, ular mamba hitam mematuknya untuk menunjukkan kekebalannya.

Wisconsin: Seorang saintis amatur berusaha menjadikan dirinya kebal daripada bisa ular.

Menurut Tim Friede, 37, dia sudah membiarkan dirinya dipatuk lebih 160 kali sepanjang tempoh 16 tahun menjalankan kajian dan berharap eksperimennya akan membantu menghasilkan vaksin manusia bagi patukan ular

Untuk membuktikan teorinya berjaya, Friede baru-baru ini membiarkan dirinya dipatuk dua kali berturut-turut oleh dua ular paling berbisa di dunia – ular taipan dan mamba hitam yang patukannya boleh menyebabkan mangsa mati selepas beberapa minit.

“Saya mungkin satu-satunya orang di dunia yang boleh hidup selepas dipatuk dua kali berturut-turut oleh ular paling berbisa. Saya tidak akan berhenti menjalankan eksperimen ini sehingga penawar bisa ular dapat dihasilkan,” katanya.

Ketaksuban Friede untuk menyelamatkan puluhan ribu mangsa ular bagaimanapun nyaris menyebabkan dia mati. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan