Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEBAKARAN RUMAH SEWA JALAN BANTAYAN

Keadaan rumah sewa dua tingkat yang terbakar awal pagi tadi. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Sebuah blok rumah sewa dua tingkat 14 pintu musnah dalam satu kebakaran di Jalan Bantayan berhampiran Country Heights Apartment pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2 Rozam Shah Rahmat berkata, kebakaran rumah papan berkeluasan anggaran 100×40 kaki persegi itu turut memusnahkan enam buah kenderaan jenis Proton Waja, Proton Wira, Perodua Kancil, Perodua Kembara, Lori dan sebuah Van.

Katanya, pihak bomba bertindak membuat pemadaman api dan seterusnya menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan terbakar bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Antara kenderaan yang turut terbakar dalam kejadian berkenaan. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

Tambahnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 5.02 pagi dan menggegaskan 13 orang anggota BBP Penampang serta Lintas ke lokasi kejadian.

Kebakaran terkawal pada jam 5.52 pagi dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

Pasukan BBP mendapatkan maklumat kejadian kebakaraan. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

Operasi tamat pada jam 7.52 pagi. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan