Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebakaran Musnahkan Rumah Dan Kereta Milik Guru Di Labuan

11:13pm 23/04/2016 Pak Roshan 48 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Sebuah rumah dua tingkat separuh batu di Simpang Maun, Kg Lubok Temiang di sini, milik seorang guru Kolej Vokasional Labuan, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kebakaran yang berlaku sekitar 4.00 pagi itu turut memusnah dua buah kereta – Honda City dan PeroduaViva, dan enam motosikal di rumah itu.

Guru berkenaan, [email protected] Matusin dan isteri serta dua orang anak mereka sedang nyenyak tidur ketika kebakaran berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kira-kira 4.52 pagi dan mengerahkan dua jentera dari Balai Bomba Kg Layang-Layangan dan Kg Jawa.

Katanya, kebakaran dapat dipadamkan dalam masa hampir dua jam.

Sebab kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

Mangsa kini menumpang di rumah saudara mereka.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan