Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEBAKARAN MUSNAH RUMAH DAN KERETA

kebakarantawau

TAWAU: Sebuah rumah papan dua tingkat dan sebuah kereta jenic Hilux musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Damai pada Isnin.

Kejadian tersebut menyebabkan 11 orang kehilangan tempat tinggal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.36 tengahari dan bergegas ke tenpat kejadian. Api berjaya dikawal pada jam 2.03 petang.

Jelasnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan beliau menasihati orang awam agar memastikan sebarang perkakasan elektrik, dapur dan barangan lain yang boleh menyebabkan kebakaran dijaga dengan rapi.

Komen


Berita Berkaitan