Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kebakaran Hutan Berhampiran Sempadan Brunei Terkawal

Kebakaran-Hutan

MIRI – Kebakaran hutan di Kuala Baram berhampiran sempadan Sarawak/Brunei membabitkan kawasan seluas kira-kira 80 hektar masih terkawal dengan proses memadam dilakukan 24 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh King, berkata laluan dibuka kepada lalu lintas dengan kenderaan boleh bergerak perlahan-lahan terutama di laluan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh.

“Setakat pukul 11 pagi proses pemadaman api sudah bergerak ke bahagian tengah kawasan kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan yang dilitupi jerebu atau asap api ialah dua kilometer sebelum simpang lampu isyarat ke Jambatan ASEAN dan satu kilometer dari lampu isyarat ke Jalan Kuala Baram Lama.

“Jalan Kuala Baram Lama gelap sikit dan terhalang oleh pokok-pokok yang tumbang dan kerja-kerja pembersihan jalan sedang dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan