Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kebakaran Di Sumatera Tengah Punca Jerebu Di Pantai Barat Malaysia

jerebu

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara. Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu.

“Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).

“Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu,” katanya.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka. Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.

Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Komen


Berita Berkaitan