Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kebakaran di Sekolah Agama Kg Serusup

Anggota bomba memadam kebakaran stor peralatan di Sekolah Agama Kampung Serusup. Gambar SNT / Ehsan bomba

TUARAN: Stor peralatan di Sekolah Agama Kampung Serusup, Tuaran musnah dalam kejadian kebakaran pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 12.10 malam.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.10 melalui talian MERS 999 dan bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mengawal kebakaran tersebut tamat sepenuhnya kira-kira setengah jam.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan kematian mangsa.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan