Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebakaran Di Pulau Bum Bum : Jumlah Mangsa Seramai 412 Orang

7:29pm 15/11/2016 Pak Roshan 352 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran

SEMPORNA : Jabatan Kebajikan Masyarakat Semporna merekodkan seramai 412 mangsa terbabit dalam kebakaran yang memusnahkan 60 rumah di Kampung Balimbang di Pulau Bum Bum awal pagi tadi.

Penolong Pegawainya Razwah Raham berkata daripada jumlah itu, 200 orang merupakan mangsa lelaki dan 212 mangsa wanita.

“Jumlah mangsa juga termasuk tiga orang kelainan upaya (OKU), 14 bayi lelaki dan 19 bayi perempuan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, mangsa kini di rumah keluarga masing-masing.

“Jawatankuasa Kampung juga memberitahu ada mangsa yang tinggal di balai raya, tetapi perkara ini masih belum dapat dipastikan.

“Setakat petang ini, tiada penempatan sementara yang dibuka,” katanya.

Sementara itu Razwah berkata mangsa telah menerima sumbangan sementara menerusi sebuah badan bukan kerajaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan