Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kebajikan rakyat terabai jika pemimpin amal sikap pilih kasih

Hamisa Samat (kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal dalam majlis Angpau dan Limau Tahun Baru Cina.
Hamisa Samat (kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal dalam majlis Angpau dan Limau Tahun Baru Cina. – foto Masani Sandan

TAWAU – Sikap pilih kasih dan hanya mementingkan serta membantu keluarga sendiri sepatutnya tidak wujud dalam diri pemimpin di setiap peringkat khasnya pemimpin masyarakat.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, sikap berkenaan hanya akan menyebabkan ramai rakyat tercicir daripada mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat yang memerlukan pembelaan agar mampu hidup dalam keadaan yang lebih baik.

“Di sini pemimpin masyarakat memainkan peranan, perlu amanah menjalankan tugas dan peka dalam mengenalpasti penduduk yang layak mendapat bantuan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian Angpau dan Limau Tahun Baru Cina kepada 22 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan orang kurang berkemampuan di Pejabat Unit Pembangunan Masyarakat Tanjong Batu, di sini hari ini.

Katanya, peranan pemimpin masyarakat itu sangat penting kerana ia menjadi saluran yang paling mudah bagi penduduk mengadu masalah dan juga kerajaan dalam memberikan bantuan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, rakyat yang memerlukan bantuan boleh berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat atau datang terus ke pejabat kebajikan di kawasan masing-masing. – oleh Masani Sandan /  SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan