Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan

11:55am 15/08/2016 Leolerry Lajius 13 views Tempatan

SANDAKAN: Kebajikan rakyat di kawasan DUN Sekong sentiasa menjadi keutamaan kata Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata program turun padang untuk mendekati dan menyelami masalah rakyat cukup berkesan, sekaligus memberi impak positif kepada peningkatan tahap sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pendekatan seumpama itu katanya, dipraktikkan apabila menziarahi rakyat yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata demikian selepas  menzarahi Haji Abdullah Imam Ojon dan seterusnya, menyerahkan bantuan kerusi roda, kepada beliau, dikediamannya, di Kampung Bokara Sandakan.

“Sebagai sebuah parti yang komited membantu rakyat, kerajaan BN tidak akan berhenti dalam usaha ini,”katanya.

Beliau turut menyeru agar rakyat  sentiasa memperkukuh dan mempergiatkan usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan.

“Usaha untuk membantu golongan kurang berkemampuan ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerjaan tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama,”katanya./SayangSabah

Samsudin menyerahkan kerusi roda kepada warga emas di Kampung Bokara Sandakan.

Samsudin menyerahkan kerusi roda kepada warga emas di Kampung Bokara Sandakan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan