Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN : RAMLEE       

   

Ramlee menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada 435 pada Majlis Penyampaian Wang Ehsan kepada Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kg. Bangau-Bangau Semporna di Dewan Terbuka Kampung Seraya Semporna kelmarin.
Ramlee menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada 435 pada Majlis Penyampaian Wang Ehsan kepada Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kg. Bangau-Bangau Semporna di Dewan Terbuka Kampung Seraya Semporna kelmarin.

SEMPORNA-Datuk Ramlee Marhaban memberi jaminan kerajaan akan tetap mengutamakan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan negara kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa yang berbeza, namun perkara itu telah terbukti kerajaan yang ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan,” katanya ketika berucap sebelum Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Wang Ehsan kepada Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kg. Bangau-Bangau Semporna di Dewan Terbuka Kampung Seraya Semporna kelmarin.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan sumbangan kepada 435 orang penerima.

Turut hadir sama isteri Adun Bugaya, Datin Sarimah Busuron, Pegawai Daerah Semporna Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan Dr. Moktar Yassin Ajam ADO Pentadbiran Daerah Semporna Yussuf Awang Ali ADO Pembangunan Daerah Semporna Hj. Gulam Rasul Bin Hj. Hapil, pegawai Jabatan Kebajikan Daerah Semporna, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat dan penerima sumbangan.

Beliau yang Pembantu Menteri Kewangan turut meminta rakyat di daerah Semporna tidak mudah percaya dengan pelbagai dakwaan buruk mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak maklumat  yang tersebar hari ini tidak betul dan berunsur fitnah.

Menurut beliau, kecemerlangan kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri hari ini telah dicemburui oleh parti-parti pembangkang sehingga mereka sanggup mereka-reka pelbagai cerita buruk bagi menjatuhkan beliau.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan