Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kebajikan guru KAFA diberi perhatian

Mohh. Ariffin Mohd. Arif
Mohh. Ariffin Mohd. Arif

KOTA KINABALU – Penyelarasan berhubung kebajikan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sabah akan dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif berkata, penyelarasan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu akan mengambil kira ruang pengajaran mereka selain tangga gaji dan penetapan jawatan.

“Setakat ini, terdapat seramai 2,113 guru KAFA di seluruh negeri dengan gaji RM800 sebulan manakala 45,006 murid dan guru KAFA hanya mengajar tiga jam seminggu dengan gaji RM800 sebulan,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) yang bertanyakan mengenai jawatan guru KAFA dan pendapatan mereka.

Mohd. Ariffin menambah, pihaknya juga akan menilai berdasarkan pencapaian dan kebolehan guru-guru KAFA untuk membantu mengajar di Sekolah Agama Negeri (SAN).

Beliau berkata, kebanyakan guru-guru KAFA di negeri ini mempunyai kebolehan untuk diserap mengajar di SAN dalam usaha memantapkan asas agama Islam.

Menjawab soalan asal Mohamad Alamin (BN-Bongawan), Mohd. Ariffin berkata, pencapaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi negeri ini menunjukkan peningkatan mendadak pada tahun 2012 apabila berjaya mengubah kedudukan pencaipaian dari tangga ke 13 ke tangga ketiga terbaik di Malaysia dari segi peratusan 8A.

“Pencapaian ini disokong oleh pelbagai program gerak gempur yang dilakukan dengan menggunakan peruntukan Jakim cawangan Sabah.

“Dalam hal berkaitan, pada 2013 negeri ini dinobatkan sebagai negeri yang mendapat peratusan tertinggi 8A di seluruh Malaysia dengan memperoleh 22.85 peratus diikuti Melaka dan Terengganu,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan