Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebajikan bekas atlet tidak pernah diabaikan-Tawfiq

 Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan.

Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan.

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyokong penuh cadangan “Youth Avenue” sebagai platform untuk menggalakkan budaya keusahawanan, menyerlahkan bakat, daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan belia.

Menterinya Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan  berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Mohamad Bin Hj. Alamin itu perlu diterokai oleh pihak berkuasa tempatan.

“Saya pasti generasi belia menyambut baik peluang ini dan saya berharap supaya Dewan Bandaraya Kota kinabalu mempertimbangkan kemungkinan menyediakan sudut menyerlahkan potensi, ruang perniagaan dan memanfaat bakat kepada generasi belia untuk menjana pendapatan.”

“Sebagai contoh, atas dasar permintaan pemimpin persatuan dan Kelab Belia Daerah Kinabatangan, saya telah menggunakan peruntukan khas Menteri Belia dan Sukan sebanyak RM50, 000.00 untuk menyediakan 10 Kiosk Niaga Belia yang boleh digunakan oleh generasi belia di daerah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pembangunan belia dan sukan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Mesyuarat pertama penggal keempat DUN Sabah yang keempat belas, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan para atlet yang pernah mengharumkan nama dan mengangkat imej Negara di peringkat kebangsaan dan persada antarabangsa.

“Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berperanan untuk mengurus hal ehwal kebajikan bekas atlet dalam pelbagai aspek didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat pada 25 Julai 2007 oleh  pihak kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang menyediakan bantuan kebajikan kepada bekas atlet.”

“Melalui Malaysian Athlete Career and Education (MACE), perancangan juga  telah dibuat  bagi menjamin kerjaya atlet selepas bersara khususnya dari segi kemahiran, keusahawanan serta meningkatkan kelayakan akademik dan MoU juga telah dimeterai bersama UNITAR untuk tujuan ini,”katanya.

Tawfiq turut menyatakan,Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 21 hingga 22 Mei tahun ini sebagai program utama pembangunan belia dan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah juga akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober tahun ini sebagai program utama pembangunan sukan massa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan