Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,706

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kebab Paling Mahal Di Dunia

10:02am 04/04/2016 Pak Roshan 9 views Global
KEBAB yang disediakan Onder.

KEBAB yang disediakan Onder.

London – Seorang chef menghasilkan kebab di restorannya di sini yang didakwa paling mahal di dunia – £925 (RM5,100).

Chef berkenaan, Onder Saham dari restoran Hazev di Canary Wharf turut menawar untuk membayar lebih mahal daripada itu kepada mereka yang boleh membuat kebab lebih baik daripadanya.

Dalam video yang menunjukkan dia menyediakan makanan itu, Onder berkata: “Saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu luar biasa. Saya menciptakan ‘Kebab Diraja.’”

Menurutnya, dia menggunakan daging, sayur minyak zaitun paling berkualiti di samping cuka yang dihasilkan 25 tahun lalu untuk membuat kebab berkenaan.

Onder berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat kebab berkenaan sebagai usaha untuk mengikiskan tanggapan makanan itu hanya sesuai untuk dijadikan makanan segera dan murah.

Kebab itu juga disediakan bagi meraikan Anugerah Kebab Britain kali keempat yang diadakan awal Mac lalu.

Onder memenangi tempat pertama sebagai chef kebab Britain terbaik pada acara itu. – Agensi/myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan