Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keanggotan JHLS akan ditambah bantu kawal selia gajah Borneo

Christina Liew (tengah, barisan depan) mengabadikan gambar bersama para jemputan terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif Genting Plantations, Yong Chee Kong (kiri) dan Pengarah Program Konservasi Orang Utan Kinabatangan, Dr. Isabelle Lackman (kanan) selepas pelancaran Kempen UMBRELEPHANT dan Hari Gajah Sedunia. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Jumlah anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) akan ditambah bagi membantu pihak berkenaan menjaga serta mengawal gajah Borneo daripada pupus disebabkan aktiviti pemasangan jerat di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew berkata, selain itu kerajaan negeri juga telah menubuhkan satu pasukan petugas khas yang dianggotai kementeriannya, JHLS serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kerajaan negeri mengenalpasti langkah-langkah terbaik dalam pemuliharaan gajah Borneo di Sabah.

“Hasil kerjasama dan perbincangan pihak JHLS, Seratus Aatai dan Houstan Zoo, kami telah bersetuju untuk menjemput Wild Welfare iaitu sebuah NGO dari United Kingdom ke negeri ini bagi membuat audit bebas ke atas tahap kebajikan haiwan-haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Semua usaha itu adalah komitmen kerajaan negeri untuk terus memastikan keharmonian di antara manusia dan gajah akan dapat di capai. In i merupakan satu tugas berat yang perlu digalas oleh kementerian saya dalam memastikan keseimbangan pembangunan dan kelestarian alam sekitar,” katanya ketika berucap dalam pelancaran Kempen Umbrelephant sempena sambutan Hari Gajah Sedunia di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Program anjuran bersama JHLS dan Seratus Aatai itu disertai oleh kira-kira 50 organisasi seluruh dunia yang menganjurkan pelbagai aktiviti dalam membantu menanamkan kesedaran dalam kalangan masyarakat awam tentang kepentingan pemuliharaan gajah di negara masing-masing.

Dalam ucapannya, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri berkata, pelbagai cabaran dihadapi oleh spesies terancam seperti gajah Borneo ini untuk terus hidup di habitat asal mereka sebahagian besarnya disebabkan hasil aktiviti manusia itu sendiri.

Tegas beliau, isu berkaitan kematian gajah-gajah Borneo akibat pemasangan jerat di kawasan ladang dan hutan simpan turut mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

“Sehubungan itu, untuk mencapai matlamat melindungi haiwan ini, kita harus membuat anjakan paradigma bahawa pemuliharaan gajah Borneo bukan sahaja dengan menubuhkan lebih banyak sanktuari atau taman hidupan liar, tetapi memastikan tempat-tempat ini mempunyai keluasan mencukupi bagi menampung kemandirian hidupan liar.

“Disamping itu, kementerian saya akan terus berusaha memastikan sumber kewangan dalam bajet kerajaan negeri untuk aktiviti pemuliharaan biodiversiti di Sabah adalah mencukupi,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan