Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,730

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keamanan, Kestabilan Politik Tak Boleh Dipisahkan

10:27am 05/05/2016 Pak Roshan 6 views Mutakhir,Politik
Datuk Seri Najib Tun Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak

KUCHING – Keamanan dan kestabilan politik adalah umpama “kembar Siam” yang tidak boleh dipisahkan dan perlu ada pada sesebuah negara untuk terus maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata tanpa kestabilan politik, pembangunan sukar dibawa, malah ekonomi juga tidak boleh berkembang.

“Tanpa kestabilan politik, orang tak yakin kepada negara, pelabur tak datang,” katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rela di Borneo Convention Centre, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata rakyat perlu memahami konsep “kembar Siam” itu dan mengekalkan kerajaan yang ada bagi mempertahan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi sekarang.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik pula tidak bermakna jika wujud ancaman dari luar dan dalam termasuk pelampau agama dan kaum dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak mahu kerisauan, kebimbangan…itulah makna keamanan,” kata Najib.

Beliau menarik perhatian bahawa menerusi keamanan dan kestabilan politik, Sarawak menjadi negeri yang harmoni walaupun penduduknya merangkumi pelbagai pelbagai etnik dan subetnik.

“Inilah yang diwarisi selama ini, cukup cantik,” katanya.

Najib menegaskan bahawa Barisan Nasional menolak politik kebencian, adu domba dan politik hasutan seperti yang dibawa pembangkang.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk membeli uniform buat 341,000 anggota Rela di seluruh Sarawak, iaitu masing-masing RM10 juta tahun ini dan tahun hadapan.
Najib juga berkata satu pusat latihan Rela akan dibina di atas tanah seluas 15 hektar di Sematan yang diluluskan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Hadir sama, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri Persekutuan dan Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan