Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEAMANAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR PENTING TARIK LABUR KE SABAH

Musa Aman (tiga dari kanan) semasa perasmian Bangunan Pentadbiran Tadika Pea Wha, Batu 12, Jalan Labuk Sandakan. – foto JKM
Musa Aman (tiga dari kanan) semasa perasmian Bangunan Pentadbiran Tadika Pea Wha, Batu 12, Jalan Labuk Sandakan. – foto JKM

SANDAKAN, 6 Mac  : Keamanan dan keharmonian rakyat menjadi faktor penting kepada keberkesanan usaha menarik pelabur ke Sabah.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu rakyat di negeri ini terus memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan bagi mewujudkan suasana hidup yang harmoni.

Katanya di pihak kerajaan, usaha ditumpukan kepada mengukuhkan keselamatan negeri bagi mengekalkan keamanan sedia ada.

“Rakyat negeri ini yang mempunyai banyak suku kaum dan budaya berbeza tetapi mampu hidup dalam suasana harmoni dan bersatu.

“Sama-sama kita mengukuhkan keamanan dan keharmonian sedia ada yang menjadi faktor utama menarik pelabur dan memajukan negeri ini,” katanya pada majlis perasmian bangunan pentadbiran Tadika Pea Wha Batu 12 dekat sini, hari ini.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga menghargai sumbangan individu, persatuan dan organisasi yang berkemampuan dalam menjayakan pembinaan bangunan pentadbiran baharu Tadika Pea Wha ini.

Katanya dengan adanya bangunan pentadbiran itu membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata sumbangan daripada individu, persatuan dan organisasi itu sudah tentu dapat membantu usaha kerajaan meningkatkan kemudahan pendidikan di negeri ini. — BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan