Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keamanan dan keharmonian negara wajar dikekalkan

Zakaria (lima dari kiri) bersama Juslie serta pemimpin lain di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri.
Zakaria (lima dari kiri) bersama Juslie serta pemimpin lain di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri.

SANDAKAN- Keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik yang kita nikmati di negara kita amnya dan Sabah khasnya harus dikekalkan.

Malaysia adalah negara contoh yang mengamalkan toleransi agama dan harmoni walaupun terdiri dari berbilang kaum serta budaya,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri ,Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Dalam dunia yang bergolak akibat persengketaan agama dan perbezaan fahaman politik, marilah kita menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita adalah model dimana rakyat berbilang kaum dan budaya hidup dalam keamanan, mengamalkan toleransi agama serta harmoni,” katanya di Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau bersama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol di Pusat Kebudayaan Kampung Sungai Tiram di sini pada Sabtu.

Sementara itu , sambutan Hari Raya Aidil Fitri mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita, kata Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum.

Ikatan perpaduan yang erat merupakan jaminan untuk kemajuan masyarakat dan negara kita. Interaksi silang budaya amat besar maknanya terhadap kehidupan yang harmoni dan sentosa, tambah Zakaria.- AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan