Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat

9:44pm 07/03/2017 Pak Roshan 7642 views Isu Semasa,Mutakhir

SHAH ALAM, 7 Mac – Umat Islam di negara ini diseru agar mengadakan solat hajat susulan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata perkara itu perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini terperangkap dan tidak dibenarkan keluar dari negara terbabit.

Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.

Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Dalam masa yang sama, Mohamad Raimi juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh Pyongyang.

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran  diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara,  tanpa mengkompromikan  kedaulatan serta keselamatan negara,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda