Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keadaan sebenar di Pulau Banggi tidak seperti yang disebarkan melalui laman sosial

1:39pm 19/04/2016 Leolerry Lajius 82 views Tempatan,YB Datuk Teo Chee Kang

KOTA KINABALU:” Situasi sebenar yang berlaku di Pulau Banggi adalah tidak seperti  yang disebarkan melalui laman-laman sosial yang mengatakan bahawa penduduk di kawasan tersebut terpaksa mengambil air dari parit kerana ketiadaan bekalan air.”

Demikian ungkapan Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib, yang bertanya apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi kemarau panjang ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.

Meurut Teo, loji rawatan air di kawasan tersebut berhenti beroperasi pada 10 hingga 16 April disebabkan tiada bekalan air namun bermula pada 11 April penghantaran bekalan air ke lawasan tersebut telah dilakukan dengan kapasiti 18 ribu liter air setiap tangki dan dihantar empat kali seminggu sebanyak 12 buah tangki.

“Sebagai langkah jangka panjang, ketika ini projek untuk menaik taraf loji rawatan air di Pulau Banggi sedang dilaksanakan dengan kos bernilai RM37.7 juta yang akan menambah kuantiti air dari 4 juta liter sehari ketika ini kepada 14 juta liter dan dijangka siap pada Mei tahun 2017,” katanya.

Menjawab soalan tersebut beliau berkata, perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi kemarau panjang adalah Kementerian Pembangunan Infrastruktur melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah meluluskan program-program jangka pendek seperti Program Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Terperinci pembangunan air di Sabah.

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan projek ‘Proposed Raw Water Supply for bekalan air Keningau by direct pumping from sungai Pegalan’ bagi menjamin sumber air mentah untuk loji rawatan air Kampung Bunsit dengan anggaran kos sebanyak RM120 juta untuk fasa 1.”

“Projek ini sedang dalam pertimbangan kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun 2017 dalam Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran akan mempergiatkan usaha dalam memastikan kawasan-kawasan tadahan yang telah dikenalpasti sebagai tadahan yang menjadi sumber air di kawasan pedalaman diuruskan dengan baik.

Tambah beliau, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sejumlah RM68 juta untuk meningkatkan sistem tinjauan cuaca yang merangkumi model cuaca dan sistem penyediaan maklumat cuaca.

Dalam perkembangan lain, menurut Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Hj. Ghulam Haidar Khan Bahadar, bekalan air di daerah Kinabatangan adalah dalam keadaan terkawal dan mendapat bekalan aiar secara normal.

“Walaubagaimanapun, bagi kawasan di luar kawasan liputan bekalan air terawatt seperti Mukim Lintang, kawasan tersebut adalah di bawah pemantauan pihak Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kinabatanga,” katanya.

Tambah Ghulam, Jabatan Air Kinabatangan juga turut menyediakan pusat pengambilan air di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Sukau Datuk Saddi Hj. Abdul Rahman, yang bertanya apakah langkah-langkah yan diambil oleh Jabatan Air Sabah untuk menangani kekurangan bekalan air bersih khususnya di kawasan luar bandar yang terjejas teruk oleh kemarau.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan