Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keadaan kewangan semasa negara stabil

Musa Aman (tengah) bersama beberapa menteri Kabinet menyaksikan perutusan khas perkembangan ekonomi semasa negara oleh Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak. - pix JKM
Musa Aman (tengah) bersama beberapa menteri Kabinet menyaksikan perutusan khas perkembangan ekonomi semasa negara oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak. – pix JKM

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri menyambut baik strategi dan langkah pengumuman perkembangan ekonomi semasa keadaan kewangan negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Ketua Menteri Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kesemua strategi dan langkah yang diambil diyakini adalah yang terbaik bagi memastikan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Menurutnya, apa yang penting adalah jaminan kerajaan bahawa perbelanjaan pembangunan tidak terjejas atau mengalami pengurangan, sebagai contoh Projek Lebuhraya Pan Borneo terus dilaksanakan.

“Ini jelas membuktikan bahawa walaupun menghadapi cabaran ekonomi, kerajaan tetap prihatin terhadap kepentingan rakyat dan penyediaan infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Walaupun berlaku pengurangan dalam perbelanjaan pengurusan, namun aspek pengurusan yang cekap dan berhemah terus diberi penekanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musa berkata, dengan polisi dan dasar yang dinamik, rezab yang kukuh dan aktiviti ekonomi yang pelbagai, sistem kewangan dan ekonomi negara akan terus kukuh, dinamik dan berdaya tahan, dalam menghadapi kejatuhan harga minyak global, yang di luar kawalan kerajaan.

Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan negeri juga optimis bahawa masih ada ruang dan peluang lain yang boleh kita manfaatkan dalam menjamin kemampanan ekonomi.

“Ini termasuklah dalam menjana industri pelancongan menerusi pemberian visa percuma kepada pelancong China. Begitu juga pengurangan bayaran levi kepada pekerja asing. Kita yakin bahawa langkah ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan dan pembinaan.

“Kita yakin bahawa inilah antara langkah dan strategi proaktif kerajaan untuk memastikan kadar pertumbuhan mampan dan dalam masa yang sama kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan komuniti perniagaan terutama yang terjejas teruk akibat bencana banjir mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dalam perutusan khas perkembangan ekonomi semasa negara hari ini, Najib turut mengumumkan bahawa mencadangkan kenaikan tarif elektrik tahun ini akan ditunda manakala RM800 juta diperuntukan untuk pembinaan semula dan pembaikan infrastruktur asas dan rumah di negeri yang terjejas banjir.

Beliau berkata, bantuan tambahan RM5 juta turut diperuntukan untuk mangsa banjir dan bantuan RM500 akan diberikan kepada mereka, bermula hari ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan