Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keadaan geografi jadi kekangan utama

Masidi Manjun (kiri) dan Yahya Hussin berbincang sesuatu sebelum bermulanya sesi DUN. - foto Ille Tugimin
Masidi Manjun (kiri) dan Yahya Hussin berbincang sesuatu sebelum bermulanya sesi DUN. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Keadaan geografi menjadi antara faktor yang kekangan bagi kerajaan dalam membanteras pemburuan penyu di negeri ini ke negara jiran.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, ia merupakan antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasanya bagi menghalang aktiviti penyeludupan tersebut.

“Kita akui masalah ini bukan sesuatu yang mudah untuk diatasi terutama lokasi di mana kejadian penyeludupan berlaku tidak jauh daripada sempadan maritim iaitu kira-kira 10 kilometer dari sebuah pulan negara jiran

“Bagi sesetengah pihak itu, adalah lebih mudah bercakap daripada bertindak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wilfred Bumburing (APS-Tamparuli) mengenai apakah kementeriannya mendapat bantuan dari Jabatan Maritim bagi membantu mengawal pemburuan penyu.

Masidi menambah, kerajaan negeri menerusi Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) kini dalam usaha menyediakan pelan bagi mengatasi serta mengawal kegiatan penyeludupan penyu terutama yang berlaku di Pulau Tiga, Kudat.

Mengenai rancangan pewartaan Taman Marin Tun Mustapa (TMMP) seluas sejuta hektar itu, beliau memberitahu, cadangan untuk pewartaan itu akan dilaksana tahun.

Sementara itu, menjawab soalan asal Edwin Bosi (DAP-Kepayan), Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi berkata, kementeriannya telah menubuhkan satu pasukan bertindak yang dianggotai oleh JHLS, Esscom, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Taman-Taman Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, WWF-Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut beliau, ia bertujuan meningkatkan usaha membanteras pemburuan dan penyeludupan penyu di perairan Sabah.

Katanya, agensi yang terlibat akan bekerjasama dan juga secara bersendirian untuk meningkatkan usaha mengesan dan mencegah aktiviti pemburuan penyu manakala kawasan melibatkan Esszone akan terus dipantau oleh pihak Esscom dan agensi penguatkuasa berkaitan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan