Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keadaan Asrama SMK Telupid bukan seperti yang di viralkan

8:47pm 08/01/2016 Leolerry Lajius 104 views Tempatan
Mahanin menunjukkan gambar asrama SMK Telupid ketika sidang media tersebut.

Mahanin menunjukkan gambar asrama SMK Telupid ketika sidang media tersebut.

KOTA KINABALU: Keadaan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid tidak seperti yang terdapat dalam gambar yang telah diviralkan di laman sosial kerana gambar tersebut diambil ketika sesi gotong royong sedang dijalankan.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Tongod(Telupid) Mahanin Osman, selepas sesi gotong royong dilakukan kedaan adalah berbeza dengan apa yang telah diviralkan di laman sosial kerana tilam dan bantal tersebut telah dipasang dengan sarung serta katil juga telah disusun.

“Saya telah menghantar pegawai untuk melihat sendiri keadaan di asrama tersebut selepas sesi gotong royong itu selesai dan melihat kedaan katil dan tilam yang telah dipasang dengan sarung tidak seperti yang terdapat pada gambar yang telah diviralkan,”katanya ketika sidang media yang dibuat di Wisma Jabatan Pendidikan Sabah.

Setakat ini bantuan kemudahan yang pernah diberikan kepada asrama tersebut adalah 200 unit almari pada tahun 2005, 100 unit katil besi pada tahun 2002 dan pada tahun ini permohonan telah dibuat bagi 400 unit tilam, bantal, almari dan sebanyak 200 unit katil dua tingkat.

“Pada realitinya kedaan asrama tersebut memang daif kerana masih belum ada penambahbaikkan dalam masa yang terdekat dan terdapat juga katil yang masih digunakan sejak tahun 1987 lagi,” katanya.

Tambah beliau pada tahun 2013 Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah berjanji untuk melanjutkan isu ini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ketika melawat sekolah tersebut namun sehingga kini belum ada lagi tindakan lanjut.

Pihak sekolah juga terpaksa mengurangkan jumlah pelajar asrama yang boleh menempatkan seramai 480 orang itu kerana keadaan fasiliti yang tidak mencukupi dan kebanyakannya telah lusuh dan daif.

“Di sudut yang positif, kemungkinan tindakan individu itu menyebarkan gambar keadaan asrama tersebut adalah bertujuan untuk memanipulasikan hal itu dengan harapan pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan