Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDN tidak pernah beri lesen syarikat keselamatan kepada warga asing

kdn

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan pihaknya tidak pernah memberikan kelulusan permohonan lesen syarikat kawalan keselamatan atau senjata api kepada warga asing.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, hal demikian kerana syarat kelulusan lesen syarikat keselamatan ialah ekuiti sahamnya mesti dimiliki oleh warga tempatan.

“Bagi tujuan tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat hendaklah terlebih dahulu terdiri dalam kalangan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekurang-kurangnya berpangkat Asisten Komisioner Polis atau Kolonel.

“Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat boleh terdiri dalam kalangan bekas pegawai kerajaan dengan sekurang-kurangnya daripada gred 52,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau membuat penjelasan berhubung tulisan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk A. Jalil Hamid yang mendakwa sebuah syarikat Singapura menyediakan perkhidmatan keselamatan bersenjata kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Wilayah Iskandar, Johor dalam akhbar New Sunday Times pada Ahad lalu. 

Komen


Berita Berkaitan