Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDN terima nota penculik di Semporna, tuntut RM36.4 juta wang tebusan

WANGTEBUSAN

KUALA LUMPUR: Penculik dua wanita di Semporna tampil menuntut RM36.4 juta sebagai tebusan untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong dari China.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, pihaknya telah menerima nota daripada penculik yang meminta tebusan sebanyak 500 juta peso atau RM36.4 juta.

“Kami telah menghantar satu pasukan untuk melakukan rundingan dengan orang tengah yang telah dipanggil ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Zahid berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang bentuk tebusan bagi membebaskan wanita warga Filipina terbabit.

Pada 2 April, pelancong China Gao Hua Yuan (gambar), 29, dan pekerja resort warga Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna oleh tujuh lelaki bersenjata dipercayai kumpulan militan Abu Sayyaf. –mStar

Komen


Berita Berkaitan