Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDN Tidak Keluar Arahan Larang Masuk Sabah Dan Sarawak

kdn

KUALA LUMPUR, 11 Mac : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberi arahan kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengenakan larangan kepada warga asing dan penduduk Semenanjung Malaysia daripada memasuki kedua-dua negeri itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan itu hanya boleh diterima melalui pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak mengikut Seksyen 65, Akta Imigresen 1959/63.

“Senarai nama warga Semenanjung Malaysia yang dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa mengikut arahan pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak.

“Senarai nama itu juga dikawal di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terasa mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak mengenakan larangan pada warga asing dan Semenanjung daripada memasuki kedua-dua negeri itu, selain senarai nama yang dilarang masuk ke negeri berkenaan.

Awal bulan lepas, Kok dilaporkan dilarang memasuki Sabah tanpa diberikan alasan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Sandakan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang turut dilarang memasuki Sabah termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan