Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDN Tak Berkompromi Isu Disiplin, Integriti

Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

TAWAU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi tentang masalah disiplin dan integriti mana-mana pegawai di semua agensi di bawah kementerian itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu dan mana-mana pegawai seperti polis dan Imigresen yang didapati melanggar integriti agensi masing-masing akan berdepan tindakan tegas.

“Kami memandang serius soal disiplin dan integriti terutamanya pegawai yang berkhidmat di barisan hadapan agensi berkenaan.

“Perbuatan bertentangan dengan integriti agensi itu hanya merosakkan nama jabatan dan ia perlu ditangani,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum berhubung pembabitan Imigresen dalam isu kemasukan warga Pakistan di Sabah yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Wan Junaidi berkata pihaknya memandang serius mengenai laporan itu dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Imigresen mengenai masalah berkenaan.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Kita akan minta bahagian integriti di Imigresen buat penyelidikan dan kalau dapati perkara itu benar, pegawai yang terlibat akan diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindak lanjut,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan