Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDN kaji Akta Perlakuan Anti Sosial bagi banteras aktiviti salahguna dadah

RASMI… Jainab (empat dari kanan) bersama Jazlan (dua dari kiri) memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Penubuhan PEMADAM Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji mewujudkan Akta Perlakuan Anti Sosial bagi membendung gejala sosial di negara ini khususnya aktiviti penyalahgunaan dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang DiPetua PEMADAM Kebangsaan, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Akta tersebut merupakan antara inisiatif oleh KDN untuk mengurangkan pengedaran dan penagihan dadah di negara ini.

“Menerusi Akta ini, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mana- mana individu yang disyaki melakukan aktiviti anti sosial seperti mengedar dadah.

“Kita hadkan pergerakan penagih dan pengedar dadah ke kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti sekolah, tempat- tempat awam dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun Ke-35 PEMADAM Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.

Menurut beliau, Akta itu juga termasuklah aktiviti melepak tengah malam, pengambilan minuman keras di kawasan awam sehingga menganggu gugat ketenteraman awam.

“Dasar ini telah banyak diperkenalkan di negara-negara asing kerana negara mereka mengalami urbanisasi. Apabila urbanisasi semakin rancak, masalah sosial pun akan meningkat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Jazlan turut menyeru kepada para ibubapa agar memainkan peranan mereka dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Naib Yang DiPertua Pemadam Kebangsaan, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Jainab yang juga Pengerusi PEMADAM berkata pelbagai program khususnya untuk golongan remaja telah disusun dan akan dilaksanakan pada tahun ini dan seterusnya.

Katanya, golongan remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh dan terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Tambahnya, golongan itu juga merupakan pelapis kepada kepimpinan akan datang.

“Apa yang disarankan oleh Yang DiPertua PEMADAM juga telah diaplikasikan di peringkat Negeri Sabah yang mana kumpulan sasar bagi perlaksanaan program kesedaran adalah diperingkat pelajar bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar IPT dan belia,” katanya.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Pembantu Menteri merangkap Naib Pengerusi Yang DiPertua PEMADAM Negeri Sabah, Datuk Lasiah [email protected] Anita. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan