Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDMM Penampang anjur pemilihan terbuka pada 6-7 Oktober

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak KDMM Penampang (KDMM Penampang FC) akan mengadakan pemilihan terbuka di Padang B Kompleks Sukan Penampang pada 6 dan 7 Oktober ini pada pukul 3 petang.

Ketua KDM Malaysia Penampang, Justin Juani berkata, pemilihan itu adalah sebagai persiapan untuk menyiapkan pasukan bagi mewakili KDMM Penampang ke edisi kedua Kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 2019.

Justin Juani. – Gambar SNT / Ehsan KDMM Penampang FC

“Kami antara peserta edisi pertama Liga Bola Sepak KDMM 2014/2015 dan ia telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran. Semua itu menjadi panduan berguna dalam pembentukan pasukan bagi menghadapi musim baharu.

“Diharapkan dengan pemilihan ini, kami dapat membentuk pasukan terbaik seterusnya mampu menjadi antara pencabar utama pada kejohanan itu nanti,” katanya sambil menambah masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran pada kejohanan itu.

Justin berkata, KDMM Penampang turut mengalu-alukan usaha Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri kerana menghidupkan semula Liga Bola Sepak KDMM.

Liga Bola Sepak KDMM 2019 dijadualkan membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada Disember 2018 sebelum diteruskan dengan pertandingan liga pada Januari 2019.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM280,000 termasuk RM100,000 untuk juara liga, kedua (RM50,000), ketiga (RM30,000) dan keempat pula RM15,000.

Justeru, beliau berharap pemain berpotensi khususnya dalam kawasan Penampang dapat datang ke pemilihan itu nanti bagi memastikan pasukan KDMM Penampang dibarisi pemain terbaik yang ada di daerah itu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi pegawai dan pengurusan KDMM Penampang termasuk Justin Juani (019-8508955), Sonnie Hamdin (016-5876277), Lim Thau Ping (016-8218836), Florian Hiew (013-8643393), Edwin Jomiji (010-8702988), Vitus Francis Chan (010-9539707) atau David Ng. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan