Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KDM fokus pada pembangunan belia

8:46pm 19/02/2016 Ann Vivien 41 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
Peter berkenalan dengan dengan salah seorang warga emas selepas menyampai angpau.

Peter berkenalan dengan dengan salah seorang warga emas selepas menyampai angpau.

TENOM: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia lebih fokus kepada pembangunan belia di negeri  ini dalam pelbagai bidang termasuk sukan bola sepak, seni mempertahankan diri  dan seni suara.

Presidennya Datuk Peter Anthony berkata, nasib golongan belia di negeri ini perlu diperjuang agar mereka setanding dengan belia yang lain di negara ini.

Katanya, perjuangan ini telah terbukti dengan penganjuran beberapa program yang besar seperti, KDM Idol, kejohanan bola sepak  dan taekwando disamping program-program kemasyarakatan yang lain.

“Inilah perjuangan KDM Malaysia sejak ia ditubuhkan enam tahun yang lalu walaupun mengharungi pelbagai rintangan” katanya semasa berucap pada Majlis Rama Mesra pasukan KDMM FC dan Kelab Taekwando KDM Tenom di Dewan Datuk Sanggau Jalang Melalap dekat sini pada Jumaat.

Peter berkata, KDM Malayisa lebih fokus memperjuang nasib golongan belia kerana merekalah yang menjadi aset negara dan negeri Sabah khususnya pada masa akan datang. Pada majlis itu Peter meluluskan sumbangan kewangan RM10,000.00  kepada badan gereja St. Mary Melalap.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan