Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KDCA WAJAR TERUS ANJUR TADAU KAAMATAN NEGERI – MADIUS TANGAU

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) wajar terus kekal sebagai penganjur utama Perayaan Tadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

“Secara peribadi, buat masa ini, penganjuran Tadau Kaamatan memang sangat sesuai dan tepat dianjurkan oleh KDCA. Ini kerana KDCA telah sejak sekian lama menganjurkannya dengan cukup berjaya dan meriah,” tegas Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. Gambar Fail SNT

“Malah Kerajaan Sabah saban tahun bekerjasama dengan KDCA dalam program setiap bulan Lima yang kita tunggu-tunggu itu,” kata beliau sambil menambah, “kita mensyukuri kesudian kerajaan bekerjasama dengan KDCA dan semua pihak selama ini.”

Pada masa yang sama, pihak berkuasa pastinya akan mengalu-alukan apapun juga cadangan dan inisiatif untuk memartabatkan lagi Tadau Kaamatan.

“Kerajaan Pakatan Sabah pun mahu terus menyokong dan menghidupi perayaan tradisi unggul komuniti Momogun kita ini. Malah Kerajaan sudah pun melantik saya untuk mempengerusikan Majlis Sambutan Tadau Kaamatan Negeri Sabah 2019,” ujar Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Beliau, yang juga merupakan Presiden Upko berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan daripada Jaibah Makaum, Presiden Persatuan Etnik Sonsogon Sabah (Pesosa) yang dipetik oleh akhbar baru-baru ini mencadangkan supaya penganjuran Tadau Kaamatan dianjurkan oleh KDM Malaysia, diterajui Datuk Peter Anthony bermula tahun hadapan.

“Cadangan pihak-pihak tertentu itu mungkin boleh juga dipertimbangkan. Saya tidak tahu alasan sebenar mengapa Pesosa membuat cadangan itu, namun kita perlu bermuhasabah diri dan cadangan itu perlu penelitian dan kajian yang mendalam,” kata Tangau.

“Saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Tadau Kaamatan Negeri Sabah 2019 pada masa terdekat dan pastinya saya sangat berharap pihak KDCA akan hadir. Kita mahu memastikan Tadau Kaamatan akan dianjurkan dengan lebih gemilang,” tambah beliau.

Tangau berkata seandainya perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, “saya akan melakukan sehabis baik supaya keputusannya nanti adalah yang terbaik untuk semua.” -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan