Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KD LEKIU JUARAI PERTANDINGAN INOVASI Eks RIMPAC 2018

Leftenan Madya Chan Jun Kwan (kiri) bersama Bintara Kanan Md Rozaidi Md Ismail menunjukkan Floating Damage Control Bag ciptaan mereka yang menjuarai Pertandingan Inovasi RIMPAC 2018 di Hawaii ketika ditemui sewaktu singgah di Kota Kinabalu sebelum balik ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kapal Diraja (KD) Lekiu dari skuadron ke-23 Unit Flotila Serangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memenangi tempat pertama dalam pertandingan inovasi sempena Eks Rim of the Pacific (RIMPAC) 2018 di Hawaii baru-baru ini.

Leftenan Madya Chan Jun Kwan berkata, idea inovasi beg berkenaan timbul melalui kumpulannya di KD Lekiu ketika menyertai pertandingan di peringkat TLDM.

“Idea untuk DC bag (damage control bag) ini bermula dari peringkat awal sebab sebenarnya di TLDM, kita mengadakan pertandingan inovasi yang mana setiap kapal dan unit kena wujudkan idea masing-masing.

“DC bag ini bermula dari kapal KD Lekiu dan memperoleh tempat kedua dalam pertandingan peringkat TLDM.

Pegawai Memerintah KD Lekiu, Leftenan Komander Suhaimi Jumahad disambut dengan paluan kompang sebaik tiba di Jeti Operasi TLDM Markas Armada Timur di Sepanggar, Kota Kinabalu. KD Lekiu singgah di Kota Kinabalu sebelum balik ke Pangkalan Lumut, Perak selepas menjalani Eksesais Rimpac 2018 di Pearl Harbour, Hawaii, Amerika Syarikat bermula 27 Jun berakhir 3 Ogos lalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Namun, dalam peluang ini, kita bawa idea DC bag ke Eks RIMPAC Hawaii untuk dipertandingkan dan mendapat perhatian paraa juri,” katanya ketika ditemui media selepas majlis menyambut (KD) Lekiu merapat tiba di jeti operasi TLDM Markas Armada Timur di sini hari ini.

Katanya, idea itu juga terhasil ketika membuat latihan melawan kebanjiran, api dan sebagainya di dalam kapal.

Jelasnya, melalui latihan berkenaan, idea inovasi beg berkenaan boleh memantapkan lagi latihan dan kerja-kerja mereka ketika berlaku kebanjiran dalam kapal terutamanya.

“Beg ini mendapat perhatian dari 25 buah negara yang menyertai Eks RIMPAC.

“Apa yang kami cuba sampaikan dalam idea ini adalah, beg kawalan kerosakan yang terapung dan mempunyai cahaya.

“Ini kerana, DC bag biasa akan tenggelam ke dalam air apabila berlakunya kebanjiran dan sudah pasti bekalan elektrik tidak akan di pasang,” jelasnya.

Beliau tidak menyangka idea berkenaa boleh mendapat tempat pertama dalam pertandingan berkenaan kerana pesaing mereka mempunyai idea inovasi yang terbaik, sempurn dan mantap berbanding inovasi DC bag yang cuma menggunakan bahan-bahan terpakai dan berharga di bawah RM50 sahaja.

Tambahnya, pencapaian itu juga satu kebanggaan kepada seluru krew KD Lekiu kerana kali pertama menyertai Eks RIMPAC dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan inovasi.-SabahNewsToday.

Komen


Berita Berkaitan