Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KD JERONG BERPINDAH KE MAWILLA 2

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berucap pada Majlis Pelepasan KD JERONG ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Jeti Operasi TLDM, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

KOTA KINABALU: Kapal Diraja (KD) JERONG dari Markas Pemerintahan Armada Timur berpindah ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) berkuatkuasa 19 September ini.

Majlis Pelepasan KD JERONG sempena Perpindahan ke MAWILLA 2 telah disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob di Jeti Operasi TLDM, pagi tadi. Turut hadir adalah Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain, pegawai dan anggota serta warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“Kita amat berbangga dengan seluruh warga KD JERONG yang sentiasa memberikan sokongan kepada Markas Pemerintahan Armada Timur dalam mempamerkan mutu dan kualiti terbaik pelaksanaan operasi dan eksesais serta pembabitan dalam acara di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“Terima kasih kepada KD JERONG yang berjaya melaksanakan misi dan tanggungjawab ketika berkhidmat di Markas Pemerintahan Armada Timur,” katanya dalam satu kenyataan.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob menerima cenderahati daripada Pegawai Memerintah KD JERONG Leftenan Komander Mohd Syamir Mohamad Shokri pada Majlis Pelepasan KD JERONG ke Markah Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Jeti Operasi TLDM, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

Tambahnya, warga KD JERONG turut diharapkan sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi bagi mengekalkan prestasi dan menentukan kesiagaan kapal sentiasa pada tahap terbaik selepas ini dibawah pemerintahan MAWILLA 2.

Perpindahan ini dilaksanakan selaras dengan penubuhan pemerintahan dua wilayah yang diwujudkan bagi keseimbangan keupayaan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Usaha ini mula dilaksanakan dengan perpindahan 2 buah kapal pada tahun ini iaitu KD SELANGOR dan KD KELANTAN ke Markas Pemerintahan Armada Timur bagi menampung keperluan aset-aset TLDM di wilayah ini yang mempunyai kawasan operasi yang luas dan mencabar.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob melepaskan tali kapal KD JERONG sebagai simbolik pelepasan kapal berkenaan berpindah ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), di Sandakan pada majlis pelepasan di Jeti Operasi TLDM Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

KD JERONG merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia bagi kelas Fast Attack Craft – Gun yang telah ditauliahkan pada Mac 1976. Kapal ini dibina oleh Hong Leong Lurssen Ship Yard Company Limited di Butterworth Pulau Pinang dengan menggunakan teknologi negara Jerman. Keanggotaan kapal ini seramai 4 pegawai dan 43 anggota lain-lain pangkat.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob melepaskan tali kapal KD JERONG sebagai simbolik pelepasan kapal berkenaan berpindah ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), di Sandakan pada majlis pelepasan di Jeti Operasi TLDM Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

Perpindahan KD JERONG juga membabitkan keluarga yang akan turut sama menetap dan berpindah ke Markas Wilayah Laut 2, Sandakan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan