Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBSS bantu belia mengikuti kursus kemahiran

KONVOKESYEN…. Tawfiq (duduk tengah) serta tetamu kehormat bergambar kenangan dengan para graduan AJKK. – foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberikan sokongan dan bantuan tajaan kepada golongan belia untuk mengikuti program  pembangunan belia  terutama dalam bidang berkaitan kemahiran.

Menterinya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, Kementerian sentiasa membuka peluang kepada belia di seluruh negeri dengan menaja mereka untuk mempelajari kemahiran dalam bidang yang mereka ingin ceburi.

“Pelbagai kemahiran boleh dipelajari oleh golongan belia termasuk  pelancongan,  bidang pastry masakan dan jahitan menerusi akademi dan pusat latihan yang diiktiraf kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan majlis konvokesyen Graduan Seni Kreatif Jahitan yang berlangsung di Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), di sini hari ini.

Turut hadir di majlis itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Suzannah Liaw, Timbalannya Haji Awang Damit Awang Anak, Pengarah AJKK Puan Alicia Lenson, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Sabah dan Labuan Azmi Pelah serta ibubapa pelajar.

“Setiap tahun, Kementerian memperuntukan sebanyak kira-kira RM2 juta untuk menaja golongan belia mengikuti kursus kemahiran di beberapa pusat latihan di seluruh negeri,” katanya lagi.

Tawfiq berkata, Kementerian mensasarkan untuk melatih belia di kawasan pedalaman termasuk golongan yang berpendapatan rendah dan miskin tegar.

Menurut beliau, melalui kemahiran dan sijil tersebut ia akan memudahkan lagi golongan itu mencari pekerjaan atau menbuka perniagaan di masa hadapan, sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

“Langkah itu adalah sejajar dengan komitmen kerajaan yang ingin membantu golongan terbabit meningkatkan taraf hidup yang lebih selesa seterusnya keluar daripada arus kemiskinan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menasihati para graduan AJKK supaya menggunakan sebaik mungkin kemahiran yang mereka perolehi sepanjang menuntut di akademi itu.

Seramai 51 orang graduan menerima sijil masing-masing pada konvokesyen berkenaan. Daripada jumlah itu, 25 graduan merupakan tajaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Konvokesyen itu turut menyaksikan Mohammed Haziq Irfan Jumaat dan Winnie binti Sibun diumumkan sebagai graduan cemerlang.  – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan