Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBS usaha hapus `politiking’ dalam persatuan sukan

Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil persatuan sukan yang menerima SKim Insentif dalam majlis itu. - foto Ille Tugimin
Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil persatuan sukan yang menerima SKim Insentif dalam majlis itu. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah membuat pembaharuan dari segi pemberian Skim Insentif dengan turut mengagihkan skim tersebut kepada pemenang pingat di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, walau bagaimanapun, ia tertakluk berdasarkan kejohanan yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Kebangsaan.

Menurut beliau, skim berkenaan yang diperkenalkan sejak 1987 diharap menjadi pemangkin kepada persatuan sukan negeri ini dan atlet agar berusaha lebih gigih dan cemerlang di peringkat lebih tinggi khususnya kebangsaan dan antarabangsa.

” Tahun lalu sebanyak 22 persatuan sukan negeri menerima Skim Insentif Kemenangan di peringkat antarabangsa berbanding 18 persatuan sukan sahaja pada 2013. Jsuteru, persatuan sukan yang tidak tersenarai dalam skim ini perlu menggandakan usaha untuk mencapai standard pengurusan terbaik.

Melihat perbandingan agihan insentif kemenangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 2014 dengan kenaikan insentif iaitu RM65,612 berbanding RM63,030 pada tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian SKim Insentif Kemenangan Atlet 2014 dan Pemberian Geran Bantuan Persatuan Sukan Negeri 2015, di sini hari ini.

Tawfiq (tengah), Masiung (empat dari kanan) dan Suzanah (tiga dari kiri) melakukan acara `yee sang' pada majlis itu. - foto Ille Tugimin
Tawfiq (tengah), Masiung (empat dari kanan) dan Suzanah (empat dari kiri) melakukan acara `yee sang’ pada majlis itu. – foto Ille Tugimin

Hadir sama, Pembantu Menteri, Masiung Banah; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Suzanah Liaw; Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sabah, Terence Pudin.

Tawfiq berkata, kerajaan melalui kementerian itu tidak akan membiarkan persatuan sukan negeri bergerak bersendirian, oleh itu pihaknya akan sentiasa mengusahakan forum terbaik bagi membincangkan isu-isu sukan semasa.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati kerana persatuan sukan di negeri ini tidak lagi dibebani dengan isu serta masalah `politiking’ seperti yang berlaku sebelum ini.

Jelas beliau lagi, penekanan telah juga diberikan kepada pengurusan sukan agar menghindari masalah itu kerana ia hanya akan menjejaskan persatuan serta prestasi atlet itu sendiri.

“Hanya dua atau tiga persatuan sukan di negeri ini dikenalpasti perlu dikemaskini dan kita berharap ia dapat dilaksana menjelang hujung tahun ini,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan