Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBS Sabah buat ‘post-moterm’ cari punca kelemahan

Tawfiq semasa diwawancara oleh pemberita . Foto: Alex Mairin/SayangSabah
Tawfiq semasa diwawancara oleh pemberita . Foto: Alex Mairin/SayangSabah

PUTATAN- Kerajaan Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan melakukan ‘post-moterm’ bagi mengenalpasti punca kelemahan kontinjen Sabah gagal mencapai sasaran pingat pada Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang berlansung baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata punca kelemahan itu perlu diperbaiki bagi memastikan prestasi atlet Sabah meningkat sekaligus mengharumkan nama negeri Sabah di peringkat yang lebih tinggi.

“Kita akan membuat ‘post-moterm’ untuk melihat kelemahan-kelemahan para atlet yang perlu diperbaiki,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Negeri Sabah ke Temasya Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-18 Sarawak 2016, disini, hari ini.

Selain itu, Tawfiq berkata, beberapa perkara seperti aspek latihan akan diberi perhatian bagi memperbaiki prestasi para atlet negeri ini dalam menghadapi Sukma ke-19 yang akan berlansung di Perak pada 2018 akan datang.

“Kita tidak mahu ada atlet yang mengalami kecederaan sebelum berlansungnya kejohanan sukan seperti Sukma baru-baru ini,”katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Sabah pada Sukma ke-18 Sarawak meskipun tidak mencapai sasaran 40 pingat emas.

“Saya berpuas hati dengan kesungguhan mereka (para atlet) dalam Sukma Sarawak telah membuahkan hasil yang cukup baik dimana Sabah memperolehi 25 emas, 37 perak dan 38 gangsa.

“Ini merupakan pencapaian yang cukup baik jika dibandingkan Sukma ke-17 Perlis dimana Sabah hanya memperolehi 21 pingat emas,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan