Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBS Sabah bakal wujudkan ‘Street Gym’

Poon turut tidak melepaskan peluang bersuai kenal dengan kakitangan Lembaga Sukan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSNS) bakal mewujudkan ‘Street Gym’ di negeri ini.
Menterinya, Poon Ming Fung berkata, usaha tersebut adalah bagi menggalakkan rakyat di negeri ini untuk lebih aktif dan sihat.

“Street Gym tidak memerlukan kawasan yang besar dan fasiliti yang banyak.

“Dengan wujudnya gym ini, secara tidak langsung bukan sahaja dapat menyumbang kepada tubuh yang sihat dan minda yang cergas yang seterusnya dapat mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

“Pada masa kini​,​ kita bercadang untuk mewujudkan gym-gym berkenaan di taman-taman perumahan atau di mana-mana kawasan yang tidak digunakan​ ​atau terbiar,” jelasnya.

Tambah Poon, pihaknya juga bercadang untuk meningkatkan fasiliti pembinaan otot kepada atlit-atlit tempatan berdasarkan sukan yang diceburi.

“Dengan fasiliti ini, ia bukan sahaja dapat membantu atlet-atlet ini untuk membina otot yang diperlukan tetapi juga secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa mereka ini bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 kepada kakitangan Lembaga Sukan Negeri Sabah​ di sini, pagi tadi​.

Pada majlis berkenaan seramai 15 kakitangan dan sembilan pesara Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) diraikan.

Buat pertama kalinya, LSNS turut memberi pengiktirafan kepada kakitangan Pekerja Harian Sambilan (PHS) yang bertugas di situ sebagai usaha menghargai perkhidmatan mereka.

Hadir sama di majlis tersebut adalah Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarnsin Taib​;​ Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Awang Damit Awang​ ​Anak dan Pengerusi L​SNS, Datuk Louis Rampas./PENERANGAN-

Poon semasa ditemui media.

Komen


Berita Berkaitan