Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBS pantau disiplin atlet

kbsSabah

KOTA KINABALU – Atlet negeri ini yang didapati melanggarkan disiplin tidak akan diberikan peluang kedua untuk mewakili Sabah dalam mana kejohanan sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
 
Menegaskan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menjelaskan bahawa pihaknya amat mengambil berat soal disiplin dalam kalangan atlet negeri ini.
 
“Meskipun seseorang atlet itu memenangi pingat emas, namun jika mempunyai masalah disiplin yang teruk, kita tidak bertolak ansur dan tidak memberinya peluang sehingga mereka benar-benar berubah,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis penyerahan bendera Kontinjen Negeri Sabah ke Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-17 Perlis 2014 di Bilik Mesyuarat, Kementerian itu di Wisma Muis.
 
Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Datuk Dahali Matsin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terence Pudin.
 
Sempena kejohanan kali ini, Sabah menghantar seramai 47 atlet yang akan bertanding dalam lima acara iaitu olahraga, badminton, boling padang, ping pong dan tenis kerusi roda.
 
Dalam pada itu, kontinjen negeri ini turut mensasarkan kutipan sebanyak 13 pingat emas. dalam kejohanan kali ini yang mempertandingan keseluruhan sembilan jenis sukan.
 
Tawfiq berkata, sasaran tersebut adalah releven dengan acara sukan yang disertai pada temasya tahun ini.
 
“Kita cukup yakin dengan kemampuan atlet paralimpik kita, apatahlagi dengan kemampuan yang mereka buktikan semasa kejohanan sama di Pahang pada tahun 2012,” jelasnya.

Komen


Berita Berkaitan