Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KBS diminta pertimbang segera pemohonan bina kompleks sukan baharu di Papar

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang murid cemerlang SAN dalam program itu. - foto Aryan De Vera
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang murid cemerlang SAN dalam program itu. – foto Aryan De Vera

PAPAR – Kerajaan menerusi kementerian berkaitan diminta supaya membuat pertimbangan segera mengenai permohonan untuk membina sebuah kompleks sukan baru di daerah ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kemudahan itu dilihat mampu memenuhi keperluan masyarakat di daerah ini khususnya golongan belia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Menurut beliau, lokasi bagi kompleks sukan baru itu telah dikenalpasti sebagaimana yang telah diminta oleh kementerian terlibat bagi memastikan pembinaannya dapat direalisasikan.

“Permohonan telah diajukan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kewangan, malah tapak bagi pembinaannya juga telah dikenalpasti iaitu di satu lokasi yang terletak di kawasan Kinarut.

“Saya berharap kementerian terlibat dapat membuat pertimbangan segera agar pembinaan kompleks sukan baru ini dapat dipercepatkan, sekaligus memenuhi aspirasi masyarakat di daerah ini.

“Sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini, saya berharap projek ini diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Pengalat Kecil, di sini hari ini.

Rosnah berkata, sebelum ini pihaknya telah mengajukan permohonan untuk menaiktaraf kemudahan sukan sedia ada yang terletak di Padang Pekan Papar.

Malah katanya, cadangan itu juga sudah diluluskan di peringkat Persekutuan namun ia tidak dapat dilaksanakan berikutan terdapat masalah melibatkan aspek perundangan yang tidak dapat dielakkan. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan