Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,817

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KBBC dengan KKMM anjur lumba basikal

11:11am 03/11/2015 Ann Vivien 91 views Sukan,Tempatan

basikal1

KOTA BELUD : Penganjur Perlumbaan Berbasikal  Jamboree Terbuka  Kota Belud  2015 menyasarkan sekurang kurangnya 700  pelumba turut serta pada perlumbaan yang akan diadakan pada 22 November  depan.

Acara anjuran  Kota Belud Cycling Club (KBCC) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) sejauh 40 kilometre itu turut memperlawa pelumba dari Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam dan lain lain dari luar Negara.

Pengerusi penganjur yang juga Presiden (KBCC) Mohd Mustazar Bundah berkata kejohanan yang dibuat  ialah yang kedua kali pernah dianjurkan oleh (KBCC)

“Perlumbaan ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (KBCC) yang bertujuan menggalakkan masyarakat setempat terutama golongan belia melibatkan diri dalam budaya sihat. Selain itu ia juga berperanan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara peserta disamping menghidupkan semula aktiviti berbasikal terutama perlumbaan bersifat kompetitif bagi membudayakan masyarakat aktif bersukan terutamanya sukan berbasikal  juga untuk memperkenalkan di mata dunia daerah Kota Belud sebagai destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati “  katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Mohd Muztazar , perlumbaan lebuh raya itu akan bermula dari  Yayasan Suria Tuaran  dan berakhir di  Dewan Masyarakat Tun Said  Kota Belud.

Bagi menjadikan perlumbaan itu lebih mencabar, pelumba perlu melalui beberapa cabaran antara menaiki kawasan berbukit  di kampong Kelawat  sebelum menamatkan perlumbaan di pekan Kota Belud

“Kita mahu memberi peluang kepada penonton yang hadir menyaksikan aksi kejar-mengejar antara pelumba nanti,” tambahnya.

Menurut  Mohd Mustazar lagi, pihaknya juga akan memberikan baju, midel dan sijil disamping cabutan tiket bertuah yang menyediakan  pelbagai hadiah hadiah lumayan antaranya  motosikal,  Peti Sejuk  barangan elektrik termasuk set barangan basikal; penganjur juga akan menyediakan makan dan minum percuma kepada para peserta

Sebanyak 4 ketegori dipertandingan iaitu Lelaki terbuka ,Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Kanak-Kanak 12 tahun.

Juara bagi kategori lelaki terbuka ,Lelaki Veteran dan Wanita Terbuka  akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan tropi , sementara ketegori kanak-kanan 12 tahun RM500 dan tropiPenyertaan berjumlah RM 70  bagi setiap peserta dimana tarikh tutup menghantar borang penyertaan  pada Nov 20. Peserta boleh memperolehi kit  pada Nov 21  di Yayasan Suria Tuaran bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang

Pelepasan peserta dari Yayasan Suria Tuaran dijangka akan dilakukan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  yang juga wakil rakyat Sulaman Datuk Haji Hajiji Mohd Noor sementara majlis penutupan dan penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang juga penaung (KBCC) Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said

Borang penyertaan  dan keterangan lanjut kejohanan boleh didapati di Pejabat (KBCC) Pusat Khidmat  Wakil Rakyat Kota Belud, kedai kedai menjual basikal di sekitar Kota Kinabalu atau menghubungi terus  penama berikut,Tazza HP  013 8156007,Supian HP 0138972898 dan Adzid HP 013 8665088. Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan