Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kayuhan Jelajah Sabah 360 tamat hari ini

2:05pm 03/06/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 112 views Tempatan
Antara ahli Persatuan Pesara Vateran Angkatan Tentera Malaysia

Antara ahli Persatuan Pesara Vateran Angkatan Tentera Malaysia

Penyerahan sumbnagan kepada Kapten Bersara Zulkiflie Ibrahim oleh Datuk Haji Tawfiq Bin Abu Bakar Titingan

Penyerahan sumbnagan kepada Kapten Bersara Zulkiflie Ibrahim oleh Datuk Haji Tawfiq Bin Abu Bakar Titingan

 

KOTA KINBALU-Kayuhan Jelajah Sabah 360 berakhir hari ini dan telah di sambut oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Bin Abu Bakar Titingan di perkarangan bangunan DBKK awal pagi ini.

Dalam ucapannya, Tawfiq mnyeru agar masyarakat sama-sama menyokong sebarang aktiviti atau program anjuran PVATM bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terhadap negeri dan negara ini.

“Jadi harapan saya melalui progam yang ringkas ini, kayuhan basikal oleh sudara Kapten Bersara Zulkiflie akan dapat membuka mata masyarakat Sabah bahawa kita harus beterima kasih dan bersyukur kepada pasukan keselamatan khususnya kepada mereka yang telah bersara,” ujar Tawfiq.

Kayuhan basikal ini melibatkan pesara tentera Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46 dan seorang rakannya yang dikenali sebagai Encik Lawani, 64, yang telah bermula pada 19 Mei yang lepas.

Jelajah Sabah 360 ini mengambil masa selama 15 hari sejauh hampir 1,500km mengelilingi Sabah sebelum berjaya ditamatkan.

Kayuhan ini telah merentasi Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kampung Rukun Laut Pitas, Kampun Sungai-sungai Paitan, Kampun Ulu Sapi Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Tawau, Kalabakan, Tibau, Sook, Tenom, Sipitang dan Papar sebelum kembali semula ke Kota Kinabalu.

“Untuk makluman semua kayuhan kali ini kita namakan Jelajah Sabah 360 yang mana kita mngelilingi seluruh Sabah dengan menggunakan laluan yang paling jauh,” menurut Zulkiflie.

Tambahnya, Kayuhan Sabah 360 ini lebih mencabar daripada kayuhannya sebelum ini kerana keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan musim hujan.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.-Syafathin M.Y./SayangSabah

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan