Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kayuh basikal dari China untuk tunai haji

9:44am 23/08/2016 Pak Roshan 419 views Global
Mohammad berhenti untuk berehat ketika dalam perjalanan ke tanah suci.

Mohammad berhenti untuk berehat ketika dalam perjalanan ke tanah suci.

Taif: Seorang lelaki warga China tiba di bandar ini selepas mengayuh basikalnya sejauh 8,150 kilometer untuk menunaikan haji.

Lelaki berkenaan, Mohammad dikatakan berlepas dari kediamannya di Xinjiang di barat laut China.

Ketibaannya di Taif disambut oleh anggota sebuah kelab peminat basikal bandar berkenaan.

Presiden kelab, Nayef Al Rawas berkata, dia berharap kelab peminat basikal bandar lain juga akan meraikan Mohammad.

Selepas tinggal seketika di Taif, Mohammad diiringi anggota kelab itu untuk menuju ke Makkah.

Laporan akhbar tempatan, Sabq, bagaimanapun tidak menyebut bila Mohammad berlepas dari Xinjiang.

Kira-kira 14,500 masyarakat Islam China akan menunai Rukun Islam Kelima itu tahun ini.

Sehinggga Jumaat lalu, sebanyak 37 penerbangan sewa khas membawa 11,000 jemaah negara itu sudah tiba di Arab Saudi.

Meskipun berdepan cabaran, idea untuk mengayuh basikal atau menunggang motosikal untuk menunaikan haji atau umrah menjadi minat dalam kalangan Muslim, khususnya dari Asia.

Pada Mei 2014, 12 rakyat Malaysia menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Dengan lapan motosikal dan sebuah van, kumpulan itu merentas 12 negara dan berhenti di 53 bandar sebelum tiba di tanah suci itu. – Agensi/HMetro

CqSuP5nWcAAZRRv

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan