Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kawasan Pembinaan PPA1M Bakal Diperluaskan Ke Seluruh Sabah

2:40pm 26/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 33 views Laporan Sidang DUN,Tempatan
Datuk Zakaria Edris

Datuk Zakaria Edris

KOTA KINABALU- Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri telah merancang untuk memperluaskan Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PP1AM) ke daerah-daerah lain seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Tuaran.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Zakaria Edris berkata kerajaan telah merancangan untuk membina rumah-rumah khusus untuk penjawat awam di seluruh Sabah.

“Tapak- tapak untuk pembinaan projek PP1AM di daerah Tuaran, Papar dan Lahad Datu telah dikenalpasti manakala tapak-tapak di daerah lain sedang diusahakan”, katanya ketika dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Khamis).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya(BN- Sekong) yang ingin tahu mengenai cadangan untuk menambah bilangan PPA1M dan jika daerah Sandakan termasuk dalam projek pembinaan tersebut.

Selain itu, beliau berkata, sejumlah 1,296 unit rumah PPA1M sedang dibina di tanah milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kinarut Selatan,Papar.

“Keluasan bagi rumah PPA1M ini ialah antara 900 hingga 350 kaki persegi dengan harga jualan RM220,000.00 hingga RM270,000.00 seunit”,tambahan beliau.

Menurut Zakaria, penjualan setiap unit rumah tersebut adalah mengikut kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan