Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kawasan hutan hujan tropika di Sabah catat peningkatan sepuluh kali ganda

KOTA KINABALU: Kawasan hutan hujan tropika di Sabah catat peningkatan sepuluh kali ganda sejak tahun 2003 menjadikan keluasan hutan ini terbesar di Malaysia.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Mahiruddin berkata, pada tahun 2003 terdapat hanya satu kawasan hutan hujan tropika di negeri ini yang diperakui di bawah Gold Standard of Forest Stewardship Council (FSC) iaitu Hutan Simpan Deramakot yang berkeluasan 55,507 hektar.

“Kini, Negeri Sabah memiliki hampir seluas 549,501 hektar hutan merangkumi hutan semula jadi dan hutan tanaman yang terletak di 10 kawasan berbeza di negeri ini.”

“Keluasan hutan ini yang diperakui di bawah FSC telah meningkat 10 kali ganda dan merupakan yang terbesar di negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena dengan pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-14, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, Dasar Perhutan Negeri Sabah terkenal di seluruh dunia dengan program transformasi unik yang menunjukkan komitmen jangka panjang dalam pengurusan hutan mapan di negeri ini.

“Antaranya, termasuklah inisiatif pewujudan Kawasan Terlindung Sepenuhnya yang kini mencecah hampir 30 peratus (hampir 1.9 juta hektar) daripada keluasan tanah di negeri Sabah berbanding hanya 11 peratus (850,000 hektar) pada tahun 2004.”

“Pencapaian ini telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh International Union for the Conservation of Nature (IUCN) iaitu sebanyak 10 peratus dan UN Aichi sebanyak 17 peratus,”katanya.

Juhar turut mengalu-alukan usaha kerajaan dalam melaksanakan Program Khas Anak Negeri Sabah yang telah berjaya mengurangkan isu-isu berkaitan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri di mana pada tahun 2016 seluas 16,049 hektar telah diselesaikan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu seluas 13,000 hektar dan pada tahun ini kerajaan menyasarkan pengukuran seluas 17,000 hektar.

Tambah Juhar, Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mengekalkan prestasi pembangunan yang cemerlang di negeri ini sepertimana yang dicapai dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh.

“Pada tahun 2015, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri berada di kedudukan teratas berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 6.1 peratus.”

“Jumlah nilai KDNK yang dicatatkan pada tahun 2015 telah mencecah RM70.4 bilion berbanding dengan RM59.3 bilion pada tahun 2011 iaitu pertumbuhan sebanyak 19 peratus,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan pasukan keselamatan ketika hadir merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan