Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kawalan Sempadan Melalui Kerjasama Membuahkan Hasil

kastam

LABUAN – Kerjasama di kalangan agensi penguatkuasaan dalam mengawal keselamatan di sempadan telah membawa kejayaan hebat terutama dalam menangani kegiatan jenayah berkaitan maritim.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kerjasama itu telah mengurangkan kos dari segi ekonomi, meningkatkan kecekapan pengurusan risiko, mengurangkan kos pengangkutan dan masa menunggu, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menjimatkan penggunaan sumber dan infrastruktur.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjasama itu perlu dilakukan secara inklusif bagi mengurangkan penindanan dan pertindihan kuasa.

Khazali berkata kawalan sempadan dijalankan bersama oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), polis, Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Perkhidmatan Pemeriksaan Kuarantin Malaysia (Maqis), Unit Pencegahan Penyeludupan, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Airport Berhad (MAB) dan pihak berkuasa pelabuhan.

“Dalam usaha menyelaras pengurusan kawalan sempadan, kita telah melaksanakan inisiatif bertaraf dunia tanpa mengorbankan kepentingan pemegang taruh,” katanya sempena sambutan Hari Kastam Sedunia.

Teks ucapannya dibacakan pengarah Kastam Labuan Wasimin Daiman.

Khazali berkata ini termasuk mewujudkan kerjasama rapat dengan operator pelabuhan melalui Inisiatif Pelabuhan Mega, kerjasama dengan kastam Amerika Syarikat melalui Inisiatif Keselamatan Kontena, kerjasama dengan kastam Indonesia dan institusi perniagaan melalui panel rundingan kastam. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan