Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kawalan keselamatan Pagalungan perlu diperketatkan lagi

2:18pm 02/11/2015 Dewiana Tinggolongon 35 views Keningau,Tempatan
Ibrahim menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SK. Logongon Anis Pangias.

Ibrahim menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SK. Logongon Anis Pangias.

NABAWAN- Tahap kawalan keselamatan di Daerah Kecil Pagalungan yang terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Nabawan yang berhampiran dengan sempadan negara jiran Indonesia perlu diperketatkan lagi.

Ketua Pengarah BiroTata Negara BTN Malaysia Datuk Ibrahim Saad berkata, ini penting bagi mengelak sebarang aktiviti penyeludupan, kedatangan pendatang asing tanpa izin PATI dan sebagainya yang boleh mengancam kepada keselamatan penduduk setempat dan kedaulatan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis program jejak kalawon yang bertemakan”Jauh dimata,dekat dihati”anjuran BTN Cawangan Sabah di Balai Budaya Kampung.Logongon di daerah Kecil Pagalungan disini baru-baru ini.

Katanya, ini kerana perhubungan utama para penduduk di daerah kecil ini masih lagi menggunakan pengangkutan bot untuk ke pekan berhampiran dalam membeli keperluan barangan makanan dan aktiviti kehidupan seharian mereka.

Bagi, Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Pagalungan Philip Antugi 55, berharap penguatkuasaan terhadap para pemilik bot dan penumpang yang melalui sepanjang sungai itu perlu diperketatkan pemantauannya terutamanya di bahagian sempadan Malaysia-Indonesia bagi mengelak sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.-Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah.

 Ibrahim dan rombongan bergambar kenangan bersama warga pendidik SK. Logongon.

Ibrahim dan rombongan bergambar kenangan bersama warga pendidik SK. Logongon.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan