Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kawalan keselamatan ditingkat sepanjang Ramadan

9:40am 20/05/2016 Pak Roshan 4 views Global

makkah

Jeddah: Agensi keselamatan Arab Saudi bersiap sedia untuk diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya di Masjidilharam sepanjang Ramadan yang akan bermula bulan depan.

Makkah akan menjadi tumpuan perhimpunan terbesar manusia sepanjang bulan itu nanti.

Untuk itu, pihak berkuasa Saudi bersiap sedia melaksanakan rancangan mengawal kesesakan, khususnya di Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.

Ia termasuk menggunakan sistem teknikal berdasarkan skrin komputer yang dipasang di semua pintu masuk dan laluan ke masjid berkenaan.

Lebih 750 kamera di pasang di kawasan berkenaan, termasuk di atas bumbung masjid bagi memastikan tidak ada kekacauan berlaku.

Sudah menjadi lumrah setiap tahun Masjidilharam, masjid paling suci umat Islam akan menyaksikan kesesakan, termasuk di luarnya, dari sebelum Maghrib hingga selepas solat Tarawih. Jumlah orang ramai akan bertambah pada setiap Jumaat dalam bulan itu.

Ketua polis Masjidilharam, Mejar Jeneral Mohammad bin Wasal Al-Ahmadi berkata, pihaknya meningkatkan jumlah anggota di setiap pintu masuk dan berhampiran Kaabah.

“Ini sebahagian langkah untuk memastikan keselamatan jemaah,” katanya. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan